Kali ni nak buat post dalam bm. Sebab banyak ayat yang nak dipakai untuk luahan hati kali ni tak tahu nak translate macam mana..huhu..
Sebenarnya nak cakap tentang hari ibu. Dalam fb,blog, dan vlog, nampak ada ramai yang wish mak dorg sempena hari ibu ni. Aku suka benda-benda macam ni. Dia buat kita lebih hargai apa yang kita ada. Tapi apa yang aku tak berapa senang sangat sebenarnya bila tengok ada orang yang tulis camni,"buat apa nak sambut hari ibu,hari-hari pun hari ibu.kenapa nak bagi satu hari special utk ibu ko". Bagi aku orang yang tulis macam ni fikiran dia sempit, tak pun dia duduk dengan ibu dia setiap hari.
berlainan dengan aku,aku duduk jauh dari ibu aku. So, aku tak dapatlah nak bagi pape yang special utk ibu aku setiap hari. Tapi aku tetap ingat mak ayah aku setiap hari,walaupun aku jarang call dorang. Aku tak suka dorang yang cakap macam tu sebab dorang macam kondem orang yang sambut hari ibu tu. Bagi aku,tak salah menggembirakan ibu kita. Lagipun rasanya ibu kita sendiri tahu bila hari ibu (mgkin ada jg yang tak tahu) dan bila kita wish kat ibu kita,bukankah kita telah menggembirakan ibu kita. Bagi aku,aku jenis tak banyak cakap sangat,jadi aku tunggu jela hari-hari macam ni untuk cakap kat mak aku,yang aku sayangkan dia.
Lepas tu,boleh-boleh plak aku terbaca satu artikel yang cakap sambut hari ibu ni haram. Aku sedih gila dengan pemikiran orang-orang melayu kita sekarang ni. Terlalu paranoid dengan benda-benda macam ni. Aku harap kalau orang yang percaya pun dengan benda ni,tolongla jangan pergi cakap benda ni dengan mak korang bila mak korang tanya kenapa korang tak wish dia(aku tak rasa mak korg akan tanya pun kalau korg x wish,btl tak?). Sebab korang macam secara tak langsung akan cakap yang mak korang ni jahil agama, yang memang akan buat mak korang sedih. Tapi tak tahulah plak kalau mak korang akan pikir yang tahap agama korang dah terlampau tinggi,sampai mak korang respect korg sbb tu..
Tapi apapun, main point yang aku nak cakap kat sini adalah tak salah sambut hari ibu. Kita ni sebagai manusia,kita ada sifat pelupa. Sebab tu kena sentiasa diingatkan. Rasa-rasanya Allah wajibkan solat 5 waktu tu untuk apa.Supaya setiap hari kita ingat Allah.Allah tahu makhluk-Nya ni sifat macam mana.Kena sentiasa diingatkan. Bila dah ada benda-benda macam ni,kita diingatkan tentang betapa berharganya ibu kita. Sedangkan ada hari macam ni pun ada orang lagi yang tak nak hargai ibu dia,cuba kalau takde. Tengok berapa kali je korang akan layan ibu korang macam korang buat masa hari ibu ni. Kan elok sambut hari ibu,semua buat ucapan best2 utk gembirakan mak dorang.
Rasanya tu jela kot..dan untuk penutup,saya nak ucapkan selamat hari ibu untuk mak saya. Terima kasih kerana jaga saya dari kecik sampai besar. Jadi teman berbual saya,buat lawak2 dengan saya,saya gembira bila dengan mama..thanks ma..
No comments:
Post a Comment